Berita UtamaDunia

Israel rampas tanah, tahan 16 penduduk Palestin

Dipaksa patuh undang-undang tapi tak terima hak yang sama

BAITULMAQIS, 9 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Tidak cukup merampas tanah, pihak berkuasa negara pengganas Israel menahan 16 orang awam termasuk tiga wanita Palestin dari kampung Al-Atrash di padang pasir Negev.

Penduduk melaporkan, polis menyerbu kampung itu dan melepaskan peluru logam bersalut getah dan bom tangan ketika kempen penangkapan, dalam usaha menghalang penduduk Arab daripada berhadapan dengan jentolak yang sedang memusnahkan tanah mereka sebagai persediaan untuk merampasnya.

Pusat Maklumat Palestin melaporkan seorang remaja bawah umur turut ditahan.

Sebuah khemah protes dirobohkan, manakala penduduk dihalang daripada mengakses tanah mereka.

Penduduk Badwi di Negev mesti mematuhi undang-undang yang sama seperti warga Israel Yahudi.

Meskipun mereka membayar cukai, namun tidak dapat menikmati hak dan perkhidmatan yang sama seperti penduduk Yahudi di Israel.

Bahkan negara haram itu berulang kali enggan menghubungkan bandar-bandar ke grid kebangsaan, bekalan air dan kemudahan penting yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button