Berita UtamaDunia

Omicron: Jepun lanjutkan larangan kemasukan warga asing

Lebih 300 individu tolak tawaran jawatan guru kerana sekatan di sempadan

TOKYO, 9 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Jepun melanjutkan larangan kemasukan warga asing bukan pemastautin sehingga akhir Februari, kata Perdana Menteri, Fumio Kishida.

Larangan itu bermula pada 30 November selepas negara itu mengesahkan kes pertama varian Omicron yang sangat mudah merebak.

Larangan itu pada mulanya hanya dirancang selama kira-kira sebulan.

Kyodo News melaporkan Kishida berkata, rangka kerja kawalan sempadan semasa akan dikekalkan sehingga akhir Februari.

Langkah kawalan itu menghalang kemasukan warga asing bukan pemastautin dan memerlukan warga Jepun dan penduduk asing yang pulang untuk menjalani kuarantin di fasiliti yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Kyodo News juga melaporkan, sekatan sempadan COVID-19 telah mengakibatkan lebih 300 individu menolak tawaran untuk jawatan guru dan pembantu bahasa asing di Jepun.

Situasi itu menyebabkan kekurangan bilangan tenaga pengajar, menurut tinjauan akhbar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button