Berita UtamaDunia

Halang jentolak jarah tanah, Zionis tahan 5 rakyat Palestin

2 hari serbuan tangkap 10 warga Palestin termasuk anak beranak peguam

RAMALLAH, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya 11 warga Palestin ditangkap Israel ketika serbuan dilakukan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis diduduki pada malam semalam dan hari ini.

Di Baitulmaqdis, polis Israel menahan lima rakyat Palestin selepas memukul mereka di Al-Rabab Quarter di kawasan Silwan.

Mereka ditahan kerana cubaan menghalang jentolak Israel daripada memusnahkan tanah mereka di kawasan berkenaan.

Pada masa sama, polis Israel turut menahan seorang lagi pemuda Palestindi kawasan Al-Issawiya di Baitulmaqdis yang diduduki.

Sementara itu di Hebron dekat Selatan Tebing Barat yang diduduki, rejim pengganas Israel menahan dua orang peguam, Suheil Ashour dan anaknya di Jabal Johar.

Selain itu, dua warga Palestin lain turut ditahan di bandar Yatta yang berdekatan.

Malah dua lagi rakyat Palestin ditangkap di Utara Jenin di Tebing Barat dan di desa Atouf di Lembah Jordan Utara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button