Berita UtamaDunia

ICJ umum keputusan kes genosid Israel esok

Perintah mahkamah akan dibaca, sidang pada jam 1 petang

THE HAGUE, 13 Rejab 1445H, Khamis – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah-langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah menerusi satu kenyataan media.

Sidang umum akan berlangsung pada 1 petang di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan “genosid” ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu telah berlangsung selama dua hari bermula 11 Januari.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button