Berita UtamaDunia

UAE lanjut pembelajaran jarak jauh di sekolah, universiti

Tangguh peperiksaan persendirian hingga 28 Januari depan

DUBAI, 10 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Emiriah Arab Bersatu (UAE) melanjutkan program pembelajaran jarak jauh untuk sekolah dan universiti dari 17 Januari hingga 21 Januari ini.

Langkah itu bagi membantu mengekang penularan COVID-19 di seluruh negara, lapor agensi berita negeri WAM.

Ia seterusnya mengumumkan penangguhan semua peperiksaan persendirian sehingga 28 Januari.

“Keputusan ini terpakai kepada pertubuhan pendidikan di seluruh negara, dengan pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mengawal selia pelaksanaannya,” kata Jurucakap Rasmi Sektor Pendidikan UAE, Al-Mansouri Hazza Al-Mansouri.

Beliau berkata, pandemik coronavirus sedang dipantau rapi untuk memudahkan pelajar, guru dan kakitangan pentadbiran ke sekolah serta universiti selamat pulang.

UAE merekodkan 2,616 jangkitan baharu COVID-19, 982 kes pulih dan empat kematian semalam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button