Berita UtamaDunia

Yaman kecam jenayah perang Arab Saudi serang kemudahan air

Organisasi antarabangsa digesa bertindak balas terhadap kerosakan itu

SANA’A, 10 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Pegawai Yaman mengecam serangan udara terbaharu Arab Saudi menyasarkan kemudahan bekalan air untuk berpuluh-puluh ribu penduduk di Wilayah Sa’ada.

Lewat pada hari Selasa, pesawat pejuang Arab Saudi melakukan tiga serangan udara ke atas takungan projek air Sa’ada City di stesen air Talmous.

Bercakap dari lokasi serangan, Timbalan Menteri Air dan Alam Sekitar, Hanin al-Darib semalam berkata, tangki-tangki tersebut dan institusi itu menyediakan bekalan air kepada 130,000 orang awam.

Al-Darib memberitahu rangkaian berita al-Masirah bahawa serangan itu berlaku di tengah-tengah kekurangan bahan api yang teruk di negara ini, sehingga memburukkan lagi penderitaan penduduk Kota Sa’ada.

Pegawai itu menegaskan bahawa projek air minuman itu adalah kemudahan awam.

Justeru, beliau menggesa organisasi antarabangsa untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap wanita dan kanak-kanak di Sa’ada.

Sementara itu, Gabenor Sa’ada, Mohammed Jaber Awad menyatakan, bahawa stesen air Talmous adalah satu-satunya stesen yang membekalkan air minuman kepada pesakit terlantar, golongan yang memerlukan dan penduduk Kota Sa’ada serta pinggir bandarnya.

Mohammed Jaber berkata, bandar itu mempunyai penduduk lebih 200,000 orang yang mendapat manfaat daripada projek ini.

Beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia untuk mengecam Arab Saudi menyasarkan medan air dan sumber yang menyediakan penduduk bandar Sa’ada dengan air minuman yang selamat.

Sementara itu, Ketua Perbadanan Air dan Sanitasi Kerajaan, Mohammad al-Sa’adi menyelar serangan itu sebagai tindakan pengecut, sambil menyatakan bahawa bandar itu sedang musnah sekarang.

Manakala, Timbalan Ketua Majlis Manusia di Saa’da, Hamid Mohmal menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang.

Mohmal menggesa pertubuhan antarabangsa untuk mengecam jenayah tersebut dan bertindak balas segera terhadap kerosakan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button