Berita UtamaDunia

PBB terputus hubungan dengan kakitangan Hospital Al-Shifa

Situasi di kompleks perubatan sangat mengerikan, mayat mula mereput

GAZA, 2 Jamadilawal 1445H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan susulan serangan rejim penjajajah Zionis yang menyerbu hospital terbesar di Gaza ketika pesakit makin kritikal di Hospital Al-Shifa.

Ketua PBB, Martin Griffiths berkata, beliau sangat terkejut dengan laporan berhubung serbuan rejim pengganas di Hosptal Al-Shifa yang menjadi tempat berkumpul kira-kira 2,300 penduduk di wilayah terkepung.

“Perlindungan kepada bayi baru lahir, pesakit, kakitangan perubatan dan semua orang awam mengatasi semua kebimbangan lain.

“Hospital bukan medan pertempuran,” katanya.

Sementara itu, Ketua pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghenreeyesus senada dengan Griffiths dan menyifatkan laporan pencerobohan di hospital terbesar di Gaza itu sangat membimbangkan.

“Kami sangat bimbang dengan keadaan pesakit dan kakitangan perubatan di hospital,” katanya sambil memberi amaran pihaknya masih terputus hubungan dengan kakitangan hospital tersebut.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menyuarakan perkara yang sama menyatakan kebimbangan terhadap pesakit dan kesan terhadap serangan ganas tersebut.

“Semua langkah untuk mengelakkan sebarang akibat ke atas mereka mesti diambil, segera” katanya sambil menegaskan bahawa “pesakit, kakitangan perubatan, dan orang awam mesti dilindungi pada setiap masa”.

Rejim negara haram itu sebelum ini berikrar untuk menghancurkan Gerakan Perjuangan Islam palestin (Hamas) selepas serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Gaza pula berkata, serangan udara dan darat rejim pengganas telah mengorbankan 11,320 penduduk yang kebanyakan orang awam termasuk 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita.

Hospital Al-Shifa kini telah menjadi sasaran utama rejim pengganas Zionis.

PBB menganggarkan lebih 2,300 orang, pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan, berada di kompleks hospital berkenaan dan terperangkap dan tidak dapat melarikan diri.

Saksi menggambarkan situasi di hospital berkenaan sangat mengerikan dengan prosedur perubatan berlaku tanpa ubat bius, orang ramai memenuhi koridor hospital berkenaan.

Selain itu, bau busuk mayat mula mereput berikutan tidak dibenarkan menjalankan proses pengebumian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button