Berita UtamaDunia

Kanak-kanak parah roket sasar sekolah di Zon Hijau Baghdad

AS kait kumpulan penggganas cuba jejaskan keselamatan

BAGHDAD, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Tiga orang termasuk dua kanak-kanak cedera parah dalam serangan roket di Zon Hijau Baghdad.

Menurut sumber keselamatan Iraq, serangan udara itu mengenai sebuah sekolah dan dua kawasan kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ia berlaku ketika mahkamah tinggi menggantung Speaker Parlimen yang baharu dilantik, di tengah-tengah ketegangan politik baharu di negara dilanda perang itu.

“Tiga roket ditembak ke arah Zon Hijau.

“Dua daripadanya jatuh di perkarangan kedutaan AS dan satu lagi di sekolah berhampiran, mencederakan seorang wanita, seorang gadis dan seorang budak lelaki,” kata seorang pegawai tinggi Iraq kepada AFP yang enggan mendedahkan nama.

Kedutaan itu terletak di Zon Hijau yang sangat selamat di Baghdad, yang juga menempatkan Parlimen dan pejabat kerajaan yang lain.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Kedutaan AS mengecam serangan tersebut dan mengaitkannya sebagai ‘kumpulan pengganas yang cuba menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan hubungan antarabangsa Iraq’.

Tiada pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Sel Media Keselamatan kerajaan Iraq berkata, beberapa roket ditembak dari kawasan Al-Dawra di selatan Baghdad.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, puluhan serangan roket atau serangan bom dron menyasarkan tentera dan kepentingan AS di Iraq.

Serangan itu jarang dituntut, tetapi secara rutin disematkan pada puak pro-Iran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button