Berita UtamaDunia

Bank Pembangunan Islam derma RM137 juta untuk projek Palestin

Dana RM14.64 juta tambah baik infrastruktur di kem pelarian

BAITULMAQDIS, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Bank Pembangunan Islam akan menderma AS$33 juta (RM137.99 juta) untuk menyokong projek di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki serta Baitulmaqdis, lapor agensi berita Wafa.

Dana itu akan dibelanjakan untuk kerajaan tempatan, pertanian, masyarakat sivil, sektor kesihatan dan bidang lain.

Menteri Kerajaan Tempatan Pihak Berkuasa Palestin (PA), Magdi Al-Saleh serta penasihat Bank Islam di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, Ikhlas Al-Ratrout, menandatangani perjanjian itu, yang terdiri daripada empat bahagian di Ramallah.

Sebahagian daripada perjanjian itu untuk menyokong projek infrastruktur bagi badan kerajaan tempatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki, pada nilai kira-kira AS$26 juta (RM108.72 juta), manakala A$3.5 juta (RM14.64 juta) lagi untuk menambah baik projek infrastruktur di kem pelarian.

Perjanjian ketiga, bernilai AS$2 juta (RM8.36 juta) untuk pelaksanaan projek bagi melengkapkan dan menyediakan kelengkapan hospital bersalin di Kompleks Perubatan Shifa di Bandar Gaza turut ditandatangani.

Selain itu, perjanjian keempat, pada nilai AS$1 juta (RM4.18 juta), akan terdiri daripada kerja memulihkan dan menyelenggara bangunan di Kota Lama Hebron, yang ditandatangani oleh Datuk Bandar Hebron, Taysir Abu Sneina dengan wakil Bank Pembangunan Islam.

Menurut agensi berita Wafa, Perdana Menteri PA, Mohammad Shtayyeh memuji Bank Pembangunan Islam atas dananya ketika majlis menandatangani perjanjian itu, yang katanya akan meningkatkan keteguhan rakyat Palestin di semua gabenor.

“Apa yang membezakan projek-projek ini ialah dana mereka diperuntukkan daripada dana Arab. Saya berharap pihak berkuasa yang akan melaksanakan projek-projek itu akan mempercepatkan pelaksanaannya dengan sepenuhnya,” katanya.

Katanya, pakej projek yang dibiayai oleh Dana Arab di Kuwait juga akan diumumkan tidak lama lagi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button