Berita UtamaDunia

Berang ditanya vaksinasi, lelaki tumbuk dua pegawai berdepan hukuman penjara

Boleh didenda sehingga S$5,000 kerana masuk premis tanpa status vaksin yang jelas

SINGAPURA, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Seorang lelaki menerima padah dan bakal dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sebanyak $5,000 gara-gara menggangu tugas penjawat awam di bandar raya Singapura Oktober, tahun lalu.

Dalam kejadian di medan selera, Redhill Food Centre pada 23 Oktober tahun lalu, seorang lelaki didatangi dua pegawai agensi alam sekitar yang menyoal sama ada dia sudah menerima vaksin COVID-19, berikutan tiada bukti lelaki berkenaan telah mendapat vaksinasi.

Mungkin terlalu berang dengan persoalan pihak berkuasa menyebabkan lelaki berusia 53 tahun itu bertindak luar batasan dengan menumbuk dua pegawai yang membuat pemantauan di tempat awam.

Akibat tindakan tersebut, lelaki itu ditahan pasukan polis untuk soal siasat sebelum didakwa di mahkamah negara berkenaan.

Menerusi dakwaan di mahkamah, lelaki tersebut didakwa mengikut dua pertuduhan yang menyebabkan kecederaan secara sukarela selain menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Kesalahan yang dilakukan boleh menyebabkan dia dimasukkan ke penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Lelaki tersebut juga didakwa kerana memasuki medan selera tanpa mempunyai status yang jelas, yang mana dia boleh didenda sehingga $5,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Mengikut undang-undang Singapura, individu yang tidak divaksin tidak dibenarkan memasuki medan selera dan kedai kopi di seluruh negara tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button