Berita UtamaDunia

Iran, Syria setuju wujudkan bank di zon ekonomi khas

Sasar beberapa cawangan lagi di negara masing-masing

TEHRAN, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Iran dan Syria bersetuju menubuhkan bank bersama di zon ekonomi khas dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama dua negara.

Menteri Pengangkutan Iran, Rostam Qassemi berkata, kedua-dua negara mahu memperluaskan hubungan ekonomi dan perdagangan selepas negara Arab kembali bangkit hampir sedekad susulan peperangan dan keganasan.

Beliau membincangkan perkara berkenaan ketika mengunjungi Damsyik minggu lalu.

Rostam memberitahu, pihaknya kini sedang mengatur pegawai-pegawai tertinggi yang akan ke Syria bagi menandatangani perjanjian akhir bagi menjayakan program berkenaan.

Buat masa ini, kedua-dua telah mencapai persetujuan bagi penubuhan bank bersama Iran-Syria.

“Semuanya telah dibincangkan dalam pertemuaan baru-baru ini, kami harapkan akan ada lagi beberapa cawangan di kedua-dua negara,” katanya.

Dalam masa terdekat, kedua-dua pemimpin negara akan mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan perjanjian yang dicapai ketika lawatan ke Syria baru-baru ini.

Perbincangan akan memberi penumpuan terhadap beberapa kerjasama lagi dalam beberapa bidang termasuk mengeluarkan jentera dan peralatan bagi pertanian terutama bagi meningkatkan hasil di negara Arab. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button