Berita UtamaDunia

Israel nekad roboh masjid di Baitulmaqdis

Bekalan elektrik di timur Nablus Beit Dajan juga dipotong

BAITULMAQDIS, 11 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Pihak berkuasa rejim pengganas Israel semalam mengeluarkan keputusan untuk merobohkan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di bandar Issawiya, timur laut Baitulmaqdis.

Sumber tempatan memberitahu Alqastal, keputusan itu dikeluarkan majlis perbandaran pendudukan di Baitulmaqdis, dengan menyatakan ia termasuk perobohan Masjid Al-Taqwa dalam tempoh 15 hari.

Sumber turut memaklumkan, tanah seluas 300 meter – tempat masjid itu dibina terbiar oleh pihak berkuasa pendudukan, menunjukkan bahawa mereka sebelum ini menghentikan kerja pembinaan masjid itu.

Selain masjid, sumber berkata, majlis perbandaran telah memberitahu penduduk kawasan sekitar mengenai perobohan dua rumah dan rangkaian bekalan elektrik di kampung timur Nablus di Beit Dajan.

Tentera rejim negara haram Israel telah melakukan aktiviti perobohan di seluruh Tebing Barat yang diduduki, sebagai persediaan membina penempatan kediaman baharu, yang dianggap tidak sah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ogos tahun lalu, pihak berkuasa Israel merobohkan, memaksa orang ramai untuk merobohkan, atau merampas 118 bangunan milik Palestin di seluruh Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.  

Tindakan ini dilaporkan telah menyebabkan 191 orang kehilangan tempat tinggal, termasuk 116 kanak-kanak, dan menjejaskan mata pencarian, atau akses kepada perkhidmatan buat hampir 1,400 yang lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button