Berita UtamaDunia

PBB gesa Russia lanjutkan perjanjian bijirin dengan Ukraine

Keputusan Russia sebabkan harga gandum di pasaran dunia meningkat

KYIV, 5 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Turkiye dan Ukraine sedang melaksanakan perjanjian pelan transit di Laut Hitam, ketika Russia menggantung penyertaan bagi membolehkan eksport produk pertanian Ukraine ke pasaran dunia.

Russia yang menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu telah menghentikan peranannya dalam perjanjian Laut Hitam, bagi tempoh yang tidak ditentukan.

Russia mendakwa langkah itu kerana pihaknya tidak dapat menjamin keselamatan kapal awal sepanjang perjanjian.

Setiausaha PBB, Antonio Guterres melahirkan kebimbangan berikutan tindakan Russia menangguhkan perjalanan asing di Laut Hitam.

Selain sedang berusaha memujuk Russia untuk melaksanakan semula perjanjian, tindakan itu juga dapat meredakan krisis makanan global.

Susulan keputusan Russia, harga komoditi gandum di pasaran dunia dijangka akan meningkat serta-merta berikutan kedua-dua negara tersebut adalah pengeksport gandum terbesar di dunia.

Sejak Julai, lebih 9.5 juta tan jagung, gandum, produk bunga matahari, barli, biji serai dan soya menjadi barangan utama yang dieksport di bawah perjanjian Pusat Penyelarasan bersama (JCC). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button