Berita Utama

Rakyat perlu tolak pemimpin tak bermoral, terpalit dadah

Wakil rakyat perlu jadi contoh ikutan terbaik

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 12 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Seseorang yang menggalas jawatan sebagai wakil rakyat tidak sepatutnya bersikap buruk seperti mengambil barangan terlarang.

Naib Presiden BERJASA, Haji Samad Ashaari berkata, sebagai pemimpin, wakil rakyat seharusnya mempamerkan sikap baik lagi terpuji.

Hal ini kerana, jelasnya, golongan tersebut merupakan ‘role model’ atau contoh ikutan kepada rakyat.

“Jika di negara Barat secara automatiknya pemimpin seperti dia (ini sudah) meletak jawatan.

“Namun di negara kita masih lagi memberi peluang dan sehingga kini kepimpinan DAP sekadar minta laporan bertulis walaupun empunya diri sudah mengaku ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu dalam serbuan di Seberang Perai dan didakwa berada di bawah pengaruh dadah, semalam.

Samad berkata, kejadian keruntuhan moral melibatkan pemimpin DAP bukanlah suatu perkara baru.

Katanya lagi, sebelum ini, wakil rakyat dari parti tersebut pernah didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumah.

“Ini memberi ‘hint’ kepada rakyat parti DAP bukanlah sebuah parti yang dapat membela rakyat sebaliknya mereka sendiri yang bermasalah,” katanya.

Berikutan itu, beliau menggesa rakyat membuka mata dan menilai sendiri siapa yang wajar diangkat menjadi pemimpin menjelang pilihan raya kelak.

Katanya, rakyat perlu menolak secara tegas pemimpin yang tidak bermoral.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button