Berita UtamaDunia

Jurucakap kerajaan Somalia cedera dalam letupan berani mati

Tidak jelas dalang di sebalik serangan

MOGADISHU, 13 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Jurucakap kerajaan Somalia cedera dalam satu letupan di ibu negara hari ini.

Kejadian letupan itu disyaki dilakukan oleh pengebom berani mati, kata jurufoto Reuters dan media milik kerajaan.

Jurufoto di lokasi letupan melaporkan melihat beberapa anggota badan mayat di atas tanah di luar rumah Mohamed Ibrahim Moalimuu, yang dikejarkan ke hospital.

Agensi Berita Nasional Somalia yang dikendalikan kerajaan berkata, letupan di persimpangan jalan Mogadishu daripada pengebom berani mati.

Tidak jelas siapa di sebalik serangan tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button