Berita Utama

Mahdzir nafi wujud dua kelompok dalam UMNO

Jangan ada pihak adu domba pucuk pimpinan hingga boleh cetus pergolakan

SHAH ALAM, 13 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan parti dalam UMNO ketika ini, demikian tegas Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Jangan wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara tersebut tidak wujud.

“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui urusan perjalanan parti dalam keadaan baik meskipun jawatan Perdana Menteri bukan disandang Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba mengadu domba pucuk pimpinan UMNO sehingga boleh mencetuskan pergolakan dalam parti.

“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, jadi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Semnetara itu, mengulas mengenai hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Mahdzir mengakui ini kali pertama Naib Presiden parti dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti.

“Dari setakat ini yang saya sebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden parti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button