Berita UtamaDunia

Tindas orang awam antara 2,578 pelanggaran PA terhadap rakyat Palestin pada 2021

Pihak berkuasa didakwa kerjasama dengan rejim Israel kejar pejuang kemerdekaan

RAMALLAH, 13 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Pihak Berkuasa Palestin (PA) melakukan 2,578 pelanggaran terhadap rakyat di Tebing Barat sepanjang 2021, kata Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik.

Dalam laporan tahunannya, jawatankuasa itu menyiftakan tahun 2021 sebagai ‘tahun hitam penindasan kebebasan oleh PA.’

Laporan itu menyatakan, pelanggaran yang dilakukan termasuk penindasan terhadap orang ramai, serbuan masjid, menyuraikan bantahan di dataran awam, membatalkan pilihan raya dan menggunakan kayu berat untuk memukul peserta antirasuah.

Menurut laporan, pelanggaran PA menyebabkan kematian dua rakyat Palestin, termasuk aktivis Nizar Banat, yang diculik oleh perkhidmatan keselamatan PA dan dipukul hingga mati. 

Selain itu, Amir Issa Abu Khaled Al-Ledawi, yang meninggal dunia akibat kecederaan selepas kenderaannya terbalik ketika dikejar pasukan Perkhidmatan Keselamatan Palestin (PSS).

Laporan menegaskan bahawa pelanggaran PA terhadap prinsip negara juga berterusan, termasuk kerjasama keselamatan dengan tentera pendudukan Israel terhadap penentangan Palestin dan mengejar pejuang kemerdekaan Palestin.

Laporan itu mengumumkan bahawa 592 tahanan Palestin mengalami ‘penyeksaan yang paling teruk, psikologi, lisan dan fizikal di dalam penjara PA,’ sambil menyatakan bahawa ia mendorong 43 tahanan untuk melakukan mogok lapar sebagai protes terhadap keadaan penahanan mereka.

Pada masa sama, laporan itu menyatakan bahawa pelanggaran PA termasuk penggantungan gaji dan fitnah terhadap pelajar, profesor universiti, peguam, jurutera, pendakwah, peniaga, doktor dan juga ahli Parlimen. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button