Berita UtamaDunia

100 rakyat Palestin pertahan tanah di Negev ditangkap rejim Israel

Penduduk kutuk rancangan Zionis kononnya berselindung di sebalik kerja perhutanan

TEL AVIV, 14 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Tentera rejim pengganas Israel menahan lebih 100 rakyat Palestin ketika pertempuran di padang pasir Negev, baru-baru ini. 

Penangkapan besar-besaran itu berlaku ketika tindakan keras Tel Aviv terhadap protes yang diadakan sebagai reaksi terhadap kempen perobohan dan pemusnahan tanah ladang Palestin di Negev (Naqab), kata Pusat Maklumat Palestin.

Laporan itu berkata, mahkamah Israel melanjutkan penahanan lebih 50 daripada mereka yang ditangkap dan membebaskan selebihnya untuk diletakkan di bawah tahanan rumah.

Ketegangan meningkat di Negev pada hari Isnin selepas penggali dan jentolak Tabung Negara Yahudi (JNF) memusnahkan beberapa tanah pertanian Badwi sebagai sebahagian daripada program penanaman pokok yang kontroversi.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, beratus-ratus rakyat Palestin telah mengadakan perhimpunan bantahan di Negev, mengutuk rancangan pengusiran Israel yang kononnya berselindung di sebalik kerja perhutanan.

Himpunan itu disambut dengan tindakan keras oleh unit polis Israel, yang menggunakan peluru bersalut getah, gas pemedih mata, bom tangan, serta air busuk untuk menyuraikan penunjuk perasaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button