Dunia

Rejim haram Israel terus mengganas tembak mati pemuda Palestin

Zionis sengaja manipulasi tempat kejadian, dakwa konon diancam

RAMALLAH, 14 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Tentera pengganas Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di persimpangan penempatan kolonial Gush Etzion, di selatan Bethlehem petang tadi.

Sumber keselamatan memaklumkan, rejim negara haram Israel menembak mati Faleh Jaradat – penduduk di bandar selatan daerah Hebron, Sa’ir – selepas didakwa cuba melakukan serangan.

Media Israel mendakwa kononnya mangsa keluar dari sebuah kereta dan cuba menikam salah seorang askar sebelum ditembak mati.

Bagaimanapun, kejadian sebenar masih tidak jelas dan sebahagian besarnya hanyalah daripada ciptaan tidak logik kumpulan haram Israel.

Zionis sering dikritik kerana menggunakan kekerasan yang berbentuk pembunuhan di luar undang-undang terhadap rakyat Palestin yang didakwa kononnya cuba menyerang dan menimbulkan ancaman ke atas mereka.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, keadaan sekitar lokasi kejadian pembunuhan membabitkan rakyat Palestin sejak beberapa bulan lalu masih menjadi pertikaian dan tanda tanya.

Rakaman video dilihat bercanggah dengan dakwaan tentera pengganas Israel, kerana menunjukkan tiada serangan dilakukan oleh rakyat Palestin seperti yang didakwa.

Malah, beberapa rakaman menunjukkan tentera Israel memanipulasi tempat kejadian bagi menutup insiden pembunuhan demikian.

Langkah-langkah Israel yang ‘bertopengkan’ keselamatan, bertujuan untuk mengukuhkan penjajahan tentera yang kini mencecah 53 tahun di Tebing Barat, selain projek kolonial yang dikuatkuasakannya sering menjadi punca kematian rakyat Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button