Berita UtamaDunia

14 maut serangan udara di Yaman

Pakatan diketuai Arab Saudi lancar serangan terhadap kubu kuat dan kem di Sanaa

ADEN, 15 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Serangan udara oleh tentera pakatan Arab Saudi mengorbankan kira-kira 14 orang di sebuah bangunan di ibu kota Yaman, Sanaa.

Serangan pakatan itu ke atas Sanaa – yang dikuasai Houthi – berikutan serangan yang didakwa oleh Houthi – yang bersekutu dengan Iran – semalam ke atas rakan pakatan Emiriah Arab Bersatu (UAE), di Abu Dhabi mengakibatkan tiga orang terbunuh.

Gabungan pimpinan Riyadh itu juga berkata, ia memintas lapan dron yang dilancarkan ke arah Arab Saudi pada hari Isnin.

Pada pagi Selasa, pakatan itu berkata, ia memulakan serangan udara terhadap kubu kuat dan kem di Sanaa milik kumpulan Houthi, kata media kerajaan Saudi.

Serangan itu paling mengerikan sejak 2019 di Sanaa.

Serangan yang mengorbankan kira-kira 14 orang – menurut anggaran awal – adalah di rumah bekas pegawai tentera.

Serangan gabungan di sekitar bandar itu membunuh kira-kira 20 orang, kata Timbalan Menteri Luar bagi pentadbiran Houthi – yang menguasai sebahagian besar utara Yaman – dalam Twitter.

TV Al Masirah yang dikendalikan Houthi berkata, serangan itu memusnahkan rumah, membunuh sekurang-kurangnya sedozen orang dan mencederakan kira-kira 12 orang.

Terdahulu, serangan yang didakwa Houthi pada Isnin ke atas dua tapak di UAE mencetuskan letupan dalam trak minyak, membunuh tiga orang dan mencetuskan kebakaran berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi.

Sebagai tindak balas, UAE berkata, ia berhak untuk bertindak balas terhadap ‘serangan pengganas dan peningkatan jenayah’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button