Berita UtamaDunia

Polis negara haram Israel laksana kempen tangkap penduduk Palestin

Pecah masuk dan geledah rumah tanpa alasan munasabah

BAITULMAQDIS, 15 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Polis negara penjajah Israel hari ini menjalankan kempen penahanan berskala besar di seluruh al-Naqab, dengan menahan lebih 40 rakyat Palestin setakat ini.

Saksi mengesahkan, polis menjalankan kempen penahanan besar-besaran sebagai sebahagian daripada tindakan keras Israel terhadap protes Palestin yang mengutuk perobohan harta benda dan pengusiran paksa di al-Naqab.

Katanya, kebanyakan mereka yang ditahan adalah kanak-kanak di bawah umur, yang ditangkap kerana penyertaan mereka dalam protes terhadap jentolak Israel memusnahkan tanah keluarga mereka.

Difahamkan, ia sebagai sebahagian daripada aktiviti ‘penghutanan semula’ Tabung Kebangsaan Yahudi (JNF), terutamanya di kampung Sa’wa Al-Atrash.

Sumber berkata, polis Israel menyerbu beberapa perkampungan daerah Naqab, memecah masuk dan menggeledah rumah sebelum menahan puluhan penduduk.

Lebih 130 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak ditahan polis Israel ketika konfrontasi di al-Naqab pada minggu lalu.

Mahkamah Israel melanjutkan penahanan lebih 50 daripada mereka yang ditahan dan membebaskan selebihnya untuk diletakkan di bawah tahanan rumah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button