Berita UtamaDunia

Wanita Afghanistan sertai demonstrasi tuntut hak

Taliban lepaskan semburan lada suraikan himpunan

KABUL, 15 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Taliban terpaksa melepaskan semburan lada pemedih mata ke arah penunjuk perasaan wanita yang menuntut hak mereka untuk kembali bekerja dan belajar.

Kira-kira 20 wanita berkumpul di hadapan Universiti Kabul sambil melaungkan ‘keadilan dan kesaksamaan’ sambil membawa sepanduk yang ditulis ‘hak wanita, hak asasi manusia’.

Seorang wanita yang terkena semburan lada mengakui matanya pedih selain diacukan sebilah pisau oleh pasukan keselamatan.

Malah, ada di kalangan penunjuk perasaan yang terpaksa dibawa ke hospital kesan daripada semburan lada di bahagian mata dan muka.

Seorang wartawan AFP turut melihat anggota Taliban merampas telefon bimbit milik seorang lelaki yang sedang merakam demonstrasi.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran Ogos tahun lalu pelbagai undang-undang baharu diperkenalkan termasuk mengharamkan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan bersekolah dan bekerja.

Mereka telah menyekat kakitangan wanita sektor awam kembali bekerja dan banyak sekolah menengah masih tidak dibuka selain mengharamkan pelajar perempuan ke sekolah serta universiti awam masih ditutup.

Lebih menyedihkan, wanita yang tidak ditemani ahli keluarga terdekat daripada kaum lelaki dilarang melakukan perjalanan jarak jauh.

Malah, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan garis panduan menghalang saluran televisyen daripada menyiarkan siri yang menampilkan pelakon wanita.

Situasi yang dilalui menyebabkan wanita Afghanistan merasakan ketidakadilan dan menuntut hak mereka diadili sebaiknya.

Minggu lalu, kumpulan yang dikenali Gerakan Spontan Wanita Afghanistan yang ditubuhkan selepas pemerintahan Taliban mendesak supaya hak wanita dan kanak-kanak diberikan sama rata.

Mereka menuntut hak supaya dapat kembali menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button