Berita Utama

Britain catat kematian COVID-19 tertinggi sejak Februari tahun lalu

Lonjakan berlaku ketika negara pertimbang longgar langkah sekatan

LONDON, 16 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Britain telah merekodkan 438 kematian baharu akibat COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak Februari lalu, apabila varian Omicron merebak dengan pantas ke seluruh Eropah.

Angka semalam menyaksikan 94,432 lagi jangkitan direkodkan di seluruh United Kingdom (UK). Pada hari Isnin, UK telah melaporkan 84,249 kes COVID-19 dan 85 kematian.

Lonjakan itu berlaku ketika negara ini mempertimbangkan langkah-langkah longgar untuk diperkenalkan bagi mengurangkan penyebaran varian Omicron yang bergerak pantas.

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan sekatan pandemik yang masih ada, termasuk bekerja dari rumah dan penggunaan pasport vaksin.

Secara keseluruhan, Britain telah melaporkan 152,513 kematian akibat COVID-19, angka kematian ketujuh tertinggi di dunia, dengan Perdana Menteri, Boris Johnson mengalami tekanan hebat terhadap pengendalian wabak itu.

Perkembangan itu juga berlaku ketika parti pembangkang meningkatkan tekanan kepada Johnson untuk melepaskan jawatan susulan skandal parti Downing Street.  

Sementara yang lain meningkatkan tekanan kepada rakan sekerja untuk menyerahkan surat tidak percaya kepada Perdana Menteri. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button