Berita UtamaDunia

Taliban rayu iktiraf pentadbiran Afghanistan

Gesa sekatan ditarik balik supaya krisis ekonomi dapat ditangani

KABUL, 16 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Pemangku Perdana Menteri sementara Taliban, Mullah Mohammad Hassan Akhund menggesa antarabangsa mengiktiraf pentadbiran yang dipimpin sejak September, tahun lalu.

Kuasa asing sebelum ini dilihat agak keberatan mengiktiraf Taliban selepas mengambil alih pentadbiran pada Ogos tahun lalu, selain negara Barat membekukan dana, aset perbankan dan memotong pembiayaan pembangunan yang menjadi tulang belakang ekonomi Afghanistan.

“Saya menggesa semua kerajaan terutama negara Islam memberi pengiktrafan kepada kami,” katanya dalam penampilan sulung yang disiar secara langsung sejak mentadbir.

Mullah dan Timbalannya Abdul Salam Hanafi bersama pegawai tertinggi membuat rayuan supaya sekatan ke atas negara itu ditarik balik sambil menyalahkan krisis ekonomi berterusan berpunca daripada pembekuan aset.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Afghanistan, Deborah Lyons.

Mullah menyifatkan bantuan jangka pendek bukan satu penyelesaian, sebaliknya memberi peluang kepada pentadbiran Taliban untuk berkuasa di negara tersebut,” katanya.

Sementara Lyons pula berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang dianggap masalah serius bukan sahaja kepada rakyatnya.

Lebih parah apabila pentadbiran Taliban didakwa mencetuskan krisis ekonomi yang dahsyat bagi negara-negara lain di rantau itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button