Berita Utama

Tidak ada campur tangan tuduhan kes moral hakim kanan syariah

JPM tidak akan campuri bidang pihak polis, undang-undang

KUALA LUMPUR, 16 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) (HEA) sama sekali tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada polis untuk melakukan siasatan.

“JPM (HEA) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Idris meminta semua pihak akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci.

“Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini, sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada 2020. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button