Berita Utama

PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan: MB Johor

Visi kerajaan tak terganggu sekiranya adakan PRN

JOHOR BAHRU, 17 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri ini.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh itu.

“Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri…visi kerajaan tidak akan terganggu.

“Program kerajaan (akan) dijalankan seperti dirancang serta apa sahaja yang dirancang di bawah Belanjawan Negeri 2022,” katanya dalam ucapan perasmian tapak ujian dron di Medini di sini hari ini.

Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian baru-baru ini menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki satu majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.

Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button