Berita UtamaDunia

Iran gantung bekalan gas ke Turki 10 hari ekoran masalah teknikal

Turki terpaksa kurangkan guna loji jana kuasa sebanyak 40 peratus

TEHRAN, 18 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Iran telah menggantung bekalan gas ke Turki selama 10 hari berikutan masalah teknikal.

Tindakan berkenaan sekali gus memaksa pihak berkuasa Turki mengurangkan penggunaan loji jana kuasa sebanyak 40 peratus.

Pengedar gas asli Turki turut meminta penggunaan bekalan dikurangkan sehingga 60 peratus kepada penguna kecuali mereka yang menggunakannya untuk pemanasan, lapor pegawai Turki.

Iran bagaimanapun memberi jaminan rundingan untuk meneruskan bekalan akan dimulakan lebih awal.

Sehingga kini Turki bergantung sepenuhnya kepada bekalan gas yang diimport dari Russia, Azerbaijan dan Iran.

Malah, sepanjang tempoh 10 bulan pertama 2021, Iran telah menyediakan bekalan gas sebanyak 16 peratus kepada Turki.

Harga bekalan elektrik di Turki meningkat secara mendadak berikutan pertumbuhan ekonomi dunia, selain kejatuhan mata wang lira yang menjunam 44 peratus berbanding dolar, tahun lalu.

Awal Januari ini, tarif elektrik meningkat sehingga 125 peratus bagi pelanggan komersial dan kira-kira 50 peratus kepada kegunaan isi rumah.

Bekalan harga gas asli untuk kegunaan penduduk juga melonjak 25 peratus dan 50 peratus bagi kegunaan industri, kata pengedar nasional, BOTAS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button