Berita Utama

Jerman perlukan 400,000 pekerja dari luar negara

Jumlah pekerja berusia bakal bersara lebih ramai dibanding dengan tenaga kerja baharu

BERLIN, 18 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Kerajaan gabungan baharu Jerman mahu menarik 400,000 pekerja berkelayakan dari luar negara setiap tahun.

Reuters melaporkan, inisiatif itu adalah untuk menangani kedua-dua masalah ketidakseimbangan demografi dan kekurangan buruh dalam sektor utama yang berisiko menjejaskan pemulihan daripada wabak coronavirus.

“Kekurangan pekerja mahir telah menjadi begitu serius sehingga kini secara mendadak merencatkan ekonomi kita,” kata Ketua Parlimen Demokrat Bebas (FDP), Christian Duerr yang mentadbir bersama majalah perniagaan WirtschaftsWoche.

“Kami hanya boleh mengawal masalah tenaga kerja yang semakin tua dengan dasar imigresen moden… Kami perlu mendapatkan 400,000 pekerja mahir dari luar negara secepat mungkin,” kata Duerr.

Sementara itu, Canselor Parti Social Democrats (SPD), Olaf Scholz, Parti Greens dan Duerr bersetuju dalam perjanjian gabungan mereka mengenai langkah seperti sistem mata untuk pakar negara luar Kesatuan Eropah dan menaikkan gaji minimum negara kepada 12 euro (AS$13.60) sejam untuk membuat kerja di Jerman lebih menarik.

Institut Ekonomi Jerman menganggarkan bahawa tenaga buruh akan menyusut lebih 300,000 orang tahun ini kerana terdapat lebih ramai pekerja yang sudah berusia akan bersara berbanding jumlah pekerja yang lebih muda memasuki pasaran buruh.

Jurang ini dijangka melebar kepada lebih 650,000 pada tahun 2029, menjadikan jumlah kekurangan tenaga kerja yang berusia pada tahun 2030 sebanyak kira-kira lima juta.  

Jumlah pekerja Jerman meningkat kepada hampir 45 juta tahun lepas walaupun terdapat pandemik coronavirus.

Selepas berdekad-dekad berdepan isu kadar kelahiran rendah dan penghijrahan yang tidak sekata, tenaga buruh yang semakin berkurangan juga menimbulkan bom jangka demografi bagi sistem pencen awam Jerman. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button