Uncategorized

PKPD di Felda Kechau 6 dan 9 bermula Sabtu ini: MKN

Keputusan hasil penelitian risiko dan trend jangkitan COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilakhir 1443H, Jumaat – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai 22 Januari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di dua lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Februari. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button