Berita Utama

44.4 peratus individu dewasa sudah terima dos penggalak

16 kematian direkodkan semalam dengan Selangor mendahului 4 kes

KUALA LUMPUR, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Seramai 160,310 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak diberikan kepada populasi berkenaan sebanyak 10,399,699 atau 44.4 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,914,736 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi manakala 23,192,052 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,779,564 individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,863,594 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 163,942 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,368 dos pertama dan 2,264 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,946,138 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 16 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor merekodkan empat kes, diikuti Sabah dengan tiga kes, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala di Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur serta Perak masing-masing satu kes.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button