Dunia

70 maut, 138 cedera serangan udara di penjara Yaman

Serangan berasingan turut berlaku di Sanaa termasuk lapangan terbang

SANA’A, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 70 maut dan 138 yang lain cedera dalam serangan udara di sebuah penjara di utara Yaman, semalam.

Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) memaklumkan, serangan udara di Penjara Reman Bandar Sa’ada adalah berpunca daripada gabungan pimpinan Arab Saudi.

“Hospital Al-Gumhourriyeh di bandar itu telah menerima 138 mangsa cedera dan 70 terbunuh. Hospital terbabit kesal kerana tidak boleh mengambil pesakit,” kata MSF di Twitter.

Kumpulan itu berkata, terdapat juga serangan udara berasingan di ibu negara Sana’a malam Khamis, termasuk di lapangan terbang.

“Kami telah menerima laporan mengenai serangan udara di banyak gabenor lain di seluruh utara Yaman. Sejak pagi tadi, perkhidmatan internet telah terputus sepenuhnya,” kata MSF.

Yaman dilanda pergolakan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila pemberontak Houthi yang bersekutu dengan Iran menawan sebahagian besar negara itu, termasuk Sana’a.

Gabungan Arab Saudi yang bertujuan mengembalikan semula kerajaan Yaman, telah memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia.

Hampir 80 peratus atau kira-kira 30 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan, sementara 13 juta yang lain berisiko kebuluran, kata PBB.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button