Berita Utama

Hujan berterusan dijangka berlaku di pantai timur, utara Sabah

Semenanjung Malaysia diramal berlaku cuaca panas, kurang hujan

BANGI, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan pantai timur dan utara Sabah.

Keadaan itu berikutan pembentukan sistem tekanan rendah di barat Pasifik dijangka bergerak ke arah barat laut merentasi selatan Filipina ke Perairan Palawan dalam tempoh 24 Januari hingga 27 Januari 2022.

Ini berdasarkan analisis model Met Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Met Malaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu pada masa sama turut dijangka berlaku cuaca panas dan kurang hujan di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri utara.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button