Dunia

Keluarga Palestin janji heret Israel ke ICC

Diserang, rumah di kejiranan Sheikh Jarrah dirobohkan

RAMALLAH, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Keluarga Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur bertindak mengheret penjajah Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICC).

Ia susulan aktiviti perobohan dan pengusiran di wilayah diduduki sejak sekian lama.

Peguam yang bertindak bagi pihak keluarga Salhiah mengesahkan bahawa kes mereka akan dibawa ke ICC.

Kes mereka adalah salah satu daripada beberapa yang dibawa ke mahkamah oleh Bindmans Solicitors dengan kerjasama International Centre of Justice for Palestinians (ICJP), London.

Minggu lalu, keluarga Salhiah diserang, dipukul, ditangkap dan rumah mereka dirobohkan oleh tentera penjajah Israel.

Walaupun Baitulmaqdis Timur diduduki secara haram di bawah undang-undang antarabangsa, ICJP berkata, wilayah itu telah menyaksikan kemusnahan yang meluas. 

Ia termasuk pengagihan harta tidak dibenarkan oleh keperluan ketenteraan serta melanggar Konvensyen Geneva 1949, selain dianggap jenayah perang mengikut Statut Rom 1998 Mahkamah Jenayah Antabangsa.

Kenyataan ICJP menyatakan, jalan melalui undang-undang telah dibuka sejak beberapa tahun lalu untuk keluarga yang menerima nasib sama seperti Salhiah.

Pada 2019, Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengumumkan membuka penyiasatan menghormati situasi di Palestin yang meliputi jenayah dilakukan sejak Jun 2014.

Pada tahun 2021, Pre-perbicaraan ICC membuat kesimpulan bahawa bidang kuasa mahkamah meluas ke wilayah yang diduduki Israel sejak 1967 iaitu Gaza, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.

Berdepan prospek dakwaan, pemimpin Israel telah meningkatkan usaha untuk menghalang pegawai ICC dengan mengancam serta memburuk-burukkan mereka sebagai anti-Semitik.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button