Berita UtamaDunia

Kes harian COVID-19 Tokyo melonjak 2.5 kali ganda

Rekod kes tertinggi untuk hari keempat berturut-turut

TOKYO, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Tokyo merekodkan jumlah jangkitan COVID-19 harian tertinggi untuk hari keempat berturut-turut apabila varian Omicron terus menular dengan pantas.

Ibu kota itu mencatatkan 11,227 kes baharu, kata kerajaan tempatan, sehari selepas pengembalian semula sekatan pergerakan dan aktiviti perniagaan yang dijangka berlangsung sehingga 13 Februari.

Jumlah kes melonjak hampir 2.5 kali ganda daripada 4,561 seminggu sebelumnya dan lebih tinggi daripada 9,699 kes yang disahkan pada Jumaat lepas.

Tiga orang meninggal dunia akibat COVID-19 dan 12 pesakit dalam keadaan serius pada hari Sabtu, kata kerajaan Tokyo.

Kadar penggunaan katil hospital untuk pesakit COVID-19 di Tokyo meningkat kepada 34.3 peratus.

Peningkatan kepada 50 peratus akan menjamin keadaan darurat dengan sekatan yang lebih ketat, kata pegawai tempatan.

Wilayah Osaka mengumumkan ia mempunyai 7,375 jangkitan hari ini, mencecah rekod untuk hari kedua berturut-turut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button