Dunia

Rejim haram tembak penduduk Palestin sesuka hati

Saher terpaksa jalani dua pembedahan akibat cedera parah

RAMALLAH, 19 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Bukan hanya rumah diroboh sewenang-wenangnya, pasukan pengganas Israel turut sesuka hati menyerang serta mencederakan penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Terbaharu, seorang pemuda Palestin cedera parah akibat ditembak pasukan pengganas Israel di luar kampung Sinjil, di utara bandar Ramallah di Tebing Barat, menurut sumber tempatan.

Dalam kejadian malam tadi, askar Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke arah Saher Fuqaha, 22, sehingga menyebabkan kecederaan di perut dan tulang peha.

Saher dikejarkan ke hospital Istishari di Ramallah dan dilaporkan terpaksa menjalani dua pembedahan akibat kecederaan itu, menurut keluarga.

Bapa saudara Saher, Nizar Fuqaha memberitahu, tentera Israel melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan ke arah anak saudaranya sebaik keluar dari kereta yang dinaiki di luar kampung itu.

Katanya, tentera turut cuba menangkap Saher selepas dia ditembak sebelum dibebaskan kemudiannya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button