Berita Utama

45.1 peratus individu dewasa terima dos penggalak setakat semalam

Jumlah kumulatif dos vaksin diberi meningkat kepada 62,109,995 dos

KUALA LUMPUR, 20 Jamadilakhir 1443H, Ahad – Seramai 10,561,588 individu atau 45.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 153,210 dos penggalak diberikan semalam.

Dalam pada itu, seramai 22,915,270 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,192,788 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,779,919 individu atau 88.3 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin COVID-19 manakala 2,863,961 individu atau 91 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 154,906 dos vaksin telah diberikan semalam, yang turut membabitkan 1,019 dos pertama dan 677 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,109,995 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 14 kes kematian direkodkan semalam dengan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kematian manakala Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Melaka merekodkan satu kematian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button