Dunia

100 askar Israel ceroboh Masjid Ibrahimi

Tindakan Zionis petunjuk niat jahat kawal tapak masjid

TEBING BARAT, 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Palestin mengecam tindakan kira-kira 100 askar Israel yang menceroboh Masjid Ibrahimi di bandar Hebron, selatan Tebing Barat diduduki.

Kementerian itu menyifatkan tindakan pasukan haram terbabit sebagai petunjuk serius mengenai niat jahat pihak berkuasa Israel untuk mengenakan kawalan penuh ke atas tapak masjid termasuk menjadikannya rumah ibadat.

26 tahun lalu, pendatang haram Israel, Baruch Goldstein memecah masuk Masjid Ibrahimi dan melepaskan tembakan ke arah jemaah Palestin sehingga menyebabkan 29 orang terkorban.

Malah, empat lagi rakyat Palestin terbunuh pada hari sama dalam pertempuran yang berlaku di sekitar masjid sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai itu.

Susulan itu, masjid yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Makam Patriark, terbahagi kepada dua dengan bahagian besar diubah menjadi rumah ibadat, termasuk menutup jalan utama kepada rakyat Palestin.

Dianggarkan 800 pendatang haram Israel yang terkenal agresif berada di bawah perlindungan beribu-ribu askar Israel di pusat bandar Hebron.

Bandar berkenaan juga adalah ‘rumah’ bagi lebih 30,000 rakyat Palestin.

Israel menggunakan nama nasionalis Yahudi ‘Judea dan Samaria’ untuk merujuk kepada Tebing Barat yang diduduki, bagi mengukuhkan tuntutan palsunya terhadap wilayah berkenaan.

Bahkan, tindakan Israel yang bertopengkan keselamatan hanyalah bertujuan untuk mengukuhkan penjajahan tentera yang berusia 54 tahun di Tebing Barat, selain projek haram yang menindas serta membunuh ramai rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button