Berita UtamaDunia

Mahkamah Israel tolak petisyen keluarga Salhia bina semula rumah

Mahkamah tolak atas alasan perobohan itu adalah fakta

BAITULMAQDIS, 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis menolak, petisyen oleh keluarga Salhia untuk membina semula rumah mereka yang dirobohkan minggu lalu oleh perbandaran Israel di barat Baitulmaqdis dalam usaha untuk mengambil alih tanah rumah itu.

Peguam keluarga Salhia, Walid Abu Tayeh berkata, mahkamah menolak atas alasan perobohan itu adalah fakta.

Katanya, selepas penolakan oleh Mahkamah Daerah, beliau akan membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel atas alasan perobohan itu adalah haram.

Ini kerana katanya, keluarga Salhia tidak pernah menerima perintah perobohan untuk rumah tersebut.

“Justeru keluarga itu boleh kembali ke tanahnya secara sah dan membina semula rumahnya,” katanya.

Terdahulu, keluarga Salhiah diserang, dipukul, ditangkap dan rumah mereka dirobohkan oleh tentera penjajah Israel. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/01/22/keluarga-palestin-janji-heret-israel-ke-icc

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button