Berita UtamaDunia

AS arah diplomat, warganya tinggalkan Ukraine segera

Ekoran wujud ancaman serangan tentera Russia di sempadan

WASHINGTON, 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Semua ahli keluarga diplomat Amerika Syarikat (AS) diarahkan meninggalkan Ukraine segera berikutan dakwaan ancaman dari ketenteraan Russia.

Jabatan Negara AS berkata, semua kakitangan pejabat kedutaan dan warga AS diberikan ‘pelepasan sukarela’ untuk keluar dari negara itu menaiki pesawat komersial atau pengangkutan secara sendiri.

Malah, mengeluarkan amaran untuk menangguh perjalanan mengenai perjalanan ke Russia.

“Jangan pergi ke Russia kerana ketegangan yang berterusan berlaku di sepanjang sempadan dengan Ukraine, keadaan itu berpotensi memberi gangguan terhadap warga AS,” katanya melalui kenyataan, semalam.

Pengumuman Jabatan Negara AS itu dibuat susulan ketegangan yang wujud di antara Russia dan Barat berhubung keselamatan Eropah serta kebimbangan kemungkinan berlaku pencerobohan tentera Russia di Ukraine.

Russia dilaporkan menempatkan puluhan ribu tentera di sempadannya dengan Ukraine, bersama-sama dengan senjata kereta kebal, kenderaan tempur, artileri dan peluru berpandu.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bagaimanapun menolak idea untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow sebelum pencerobohan berlaku, sebaliknya langkah itu harus digunakan sebagai cara menghalang serangan.

“Sebaik saja sekatan dilaksanakan, kita tidak dapat mencegahnya lagi.

“Apa yang kita lakukan ialah menyusun satu siri tindakan yang akan dipertimbangkan Presiden Vladimir Putin dan meningkatkan pertahanan di Ukraine dengan membekalkan lebih banyak bantuan ketenteraan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button