Berita Utama

PM, MPM bincang perkembangan pembangunan Bumiputera

Kerajaan galak penglibatan CSO bangunkan negara demi Keluarga Malaysia

BANGI, 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi libat urus bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Putrajaya, hari ini.

Sesi libat urus bersama MPM itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Hanif Omar dan Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad.

Beliau berkata, pertemuan itu membincangkan mengenai perkembangan semasa khususnya membabitkan pembangunan Bumiputera.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan menggalakkan penglibatan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk bersama-sama membangunkan negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button