Berita UtamaDunia

18 terbunuh dalam pertempuran dua kumpulan di Indonesia

Konflik berpanjangan dari Sabtu: Polis

SORONG, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam pertempuran antara dua kumpulan di sebuah kelab malam yang terletak di bandar Sorong di wilayah Papua Barat Indonesia, kata polis.

“Pertempuran berlaku malam tadi (Isnin) pada 11 malam. Ia adalah konflik yang berpanjangan daripada pertempuran pada hari Sabtu,” kata Ketua Polis Sorong, Ary Nyoto Setiawan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seorang mangsa ditikam dan 17 lagi maut dalam kebakaran di kelab malam ‘Double O’.

“Kami menemui 17 mayat di Double O, semuanya ditemui di tingkat dua. Kami telah memindahkan mayat ke Hospital Selebe Solu,” kata Ketua Bahagian Kesihatan Polis Sorong, Edward Panjaitan.

Polis dilaporkan sedang menyiasat punca kebakaran.

“Kelab itu terbakar dari tingkat satu. Kami cuba memindahkan seramai mungkin orang, tetapi selepas bomba memadamkan api pagi ini, kami menemui beberapa mayat di sana,” kata Ketua Polis Setiawan.  – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button