Berita Utama

Bot Abang Viva hampir terbalik selepas langgar kereta tenggelam

Tetap sama seperti dulu walaupun semakin dikenali

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Abang Viva yang tular menjadi hero selepas membantu mangsa banjir berkongsi detik mendebarkan apabila bot yang dinaiki hampir terbalik ketika misi bantuan di Shah Alam.

Menurut Abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar ketika melakukan misi bantuan tersebut fokus utamanya lebih tertumpu kepada mangsa banjir sehingga mengabaikan keselamatan diri.

“Fokus saya ketika itu hanya untuk bantu mereka dan keluarkan mereka selepas kediaman dan harta benda mereka ditenggelami air.

“Namun saya juga berdepan detik mendebarkan apabila bot saya terlanggar kereta-kereta yang tenggelam menyebabkan hampir terbalik.

“Ketika itu saya berserah dan selepas itu barulah lebih berhati-hati memandang banyak harta benda termasuk kereta tenggelam, jadi saya perlu uatamakan keselamatan diri dan baru boleh bantu individu lain,” katanya.

Perkongsian berkenaan dibuat ketika menjadi tetamu program Dimensi; Tanpa Arahan, Tanpa Dana ‘Abang Viva’ Selamatkan Nyawa, yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Kongsi wira banjir yang juga anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu pengalaman tersebut langsung tidak mematahkan semangat, sebaliknya akan terus melakukan kerja-kerja sukarelawan sehingga akhir hayatnya.

Malah, dia merancang untuk menubuhkan pertubuhan sendiri sambil dibantu beberapa sahabat bagi memudahkan urusan misi bantuan.

Katanya buat masa ini, fokusnya untuk selesaikan misi di sebuah tahfiz di Pahang sebelum membuat perancangan sebenar dalam kerja-kerja kebajikan.

“Untuk membina pertubuhan yang besar yang boleh memberi bantuan kepada orang lain, saya memang tidak mampu kerana perlu dana.

“Tetapi untuk permulaan ini saya merancang untuk menghimpunkan rakan-rakan sendiri dalam lima atau enam orang bagi memudahkan misi bantuan,” katanya.

Sangat mengujakan, wira banjir itu berkongsi, perjalanan hidupnya kini telah berubah 360 darjah sejak dikenali.

Malah, setiap masa rumahnya sentiasa didatangi tetamu yang hadir mahu berjumpa dengannya.

Lebih melucukan, katanya, dia kini terpaksa mengambil masa hampir setengah apabila di stesen minyak berbanding dahulu hanya lima minit sahaja.

“Semua itu tidak membuatkan saya berubah sebaliknya saya masih seperti dulu walaupun sepanjang masa menerima tetamu di rumah.

“Semua itu saya anggap pembawa rezeki kepada saya keluarga,” ujarnya yang baru menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha XJ6 Diversion bernilai RM30,00 selepas mendapat sebuah kereta pacuan empat roda.

Azwan mula menjadi perhatian di media sosial selepas sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang berbekalkan wang tunai RM50 untuk menyelamatkan mangsa banjir bersama bot kecil.

Pautan:
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/1083370709125919

Facebook (https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/1083370709125919)
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button