Berita UtamaDunia

India catat 255,874 kes COVID-19 baharu

Jangkitan harian semakin meningkat

NEW DELHI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Jumlah kes COVID-19 India meningkat kepada 39,799,202 pada Selasa, apabila 255,874 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan India.

Angka di bawah paras 300,000 buat pertama kali dilaporkan selepas lima hari berturut-turut, kata Xinhua.

Selain itu, 614 kematian akibat virus itu dilaporkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 490,462.

Di seluruh negara, 2,236,842 kes aktif COVID-19 dilaporkan, turun sebanyak 12,493 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia kali pertama selepas 27 hari berturut-turut jumlah kes aktif sehari menurun di negara itu.

Sejumlah 37,071,898 orang sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 267,753 telah dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button