Berita UtamaDunia

Internet Yaman kembali pulih selepas 4 hari diserang Arab Saudi

Insiden serangan hadkan pemantauan media bebas, hak asasi manusia

ADEN, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Selepas capaian terputus selama empat hari disebabkan serangan udara oleh gabungan diketuai Arab Saudi – yang menandakan peningkatan dramatik dalam perang tujuh tahun – perkhidmatan internet kembali pulih di Yaman.

Pemantau web NetBlocks berkata, internet ‘sedang dipulihkan’ di negara itu dan wartawan AFP di ibu kota Sanaa dan bandar pelabuhan Hodeida melaporkan mereka kembali dalam talian sejurus selepas tengah malam.

“Penyambungan terputus selepas beberapa siri serangan udara yang membawa maut.

“Insiden itu sangat mengehadkan usaha pemantauan media bebas dan hak asasi manusia,” kata NetBlocks.

Serangan udara oleh pakatan diketuai Arab Saudi menyasarkan kemudahan telekomunikasi di Hodeida lewat Khamis.

Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak yang bermain di kawasan berhampiran terbunuh.

Serangan itu berlaku serentak dengan serangan ke atas penjara di Saada yang dikuasai pemberontak.

Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam serangan itu.

Gabungan pimpinan Arab Saudi menafikan dakwaan ia mengebom penjara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button