Berita Utama

Hujan lebat di beberapa negeri petang ini

Amaran cuaca buruk dijangka sehingga jam 6 petang: MetMalaysia

BANGI, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu membabitkan negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak.

Turut terkesan adalah negeri Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Amaran sama turut dikeluarkan di Pahang membabitkan daerah tertentu iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Jelebu, Seremban dan Jempol, Negeri Sembilan, selain daerah Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Selain Semenanjung, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan serta Kudat) dan Sarawak (Miri dan Limbang) juga turut dijangka berlaku cuaca sama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button