Berita Utama

Keadaan kesihatan Tun M ada peningkatan

Terus dapat rawatan di IJN bawah pengawasan pakar

BANGI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menunjukkan peningkatan, selain sudah mempunyai selera makan yang bertambah baik.

Anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan bahawa Dr Mahathir juga sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, beliau turut diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Tun Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.

“Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Marina berkata, Dr Mahathir akan terus mendapatkan rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.

Buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain daripada keluarga terdekat, katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button