Berita Utama

Lapangan Terbang Subang masih di bawah pengurusan MAHB: Wee Ka Siong

Cadangan untuk menswastakan masih dalam perbincangan

BANGI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – SUBANG, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang masih di bawah pengawasan pengurusan dan operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) walaupun cadangan untuk menswastakannya masih dalam perbincangan.

Menurutnya sebarang modal perniagaan yang dijalankan oleh MAHB adalah berdasarkan perjanjian operasi di antara kerajaan dengan syarikat tersebut.

“Setakat ini, MAHB masih diberi kuasa untuk menguruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan tiada sebarang perubahan.

“Ramai berpendapat bahawa lapangan terbang itu memerlukan penambahbaikan kerana setiap negara ada lapangan terbang bandar,” katanya selepas melancarkan syarikat penerbangan baharu SKS Airways, hari ini.

SKS Airways menawarkan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Jan, Subang ke Pulau Redang bermula 31 Januari dan ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.

Dengan bermulanya tiga laluan berkenaan, sebanyak 12 penerbangan dijadualkan setiap hari pada kapasiti penuh 228 penumpang dengan menawarkan tambang termasuk semua sebanyak RM160 sehala. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button