Berita Utama

Lebih 50 premis judi di Kedah bakal tamat operasi secara berperingkat

Kerajaan negeri sudah maklum dasar itu kepada Kementerian Kewangan

BANGI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Lebih 50 premis perjudian di Kedah akan ditamatkan operasi secara berperingkat apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak memperbaharui lesen premis judi berkuat kuasa serta-merta pada November lalu.

Malah, dua premis perjudian di Baling turut ditutup selepas kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi memperbaharui lesen premis terbabit, baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri juga telah memaklumkan kepada Kementerian Kewangan mengenai dasar untuk tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian.

Katanya, surat mengenai perkara itu juga telah dihantar kerajaan negeri supaya kementerian terbabit tidak lagi mengeluarkan lesen berkenaan.

“Prosesnya memang begitu, kita perlu maklumkan kepada Kementerian Kewangan yang kita tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian, jadi kita harap Kementerian Kewangan tidak lagi perbaharui lesen premis perjudian di Kedah.

“Ini adalah jalan yang betul kita ambil,” katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Pada 14 November lalu, akhbar melaporkan kerajaan negeri melalui PBT mengumumkan tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button