Berita Utama

Ribut petir, hujan waktu petang di pantai barat Semenanjung

Negeri utara Semenanjung dijangka alami cuaca panas, kering

BANGI, 22 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan kawasan pantai barat Semenanjung akan mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang.

Ia dijangka membabitkan Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Menerusi ramalan cuaca signifikan 26 Januari hingga 1 Februari yang dikeluarkan hari ini, MetMalaysia berkata, keadaan itu berlaku berikutan pembentukan sistem tekanan rendah di barat Pasifik dijangka bergerak ke arah barat laut merentasi selatan Filipina ke Perairan Palawan dalam tempoh 24 Januari hingga 27 Januati 2022.

Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan berserta angin kencang di Bahagian Sandakan, Kudat dan pantai barat Sabah.

“MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pada 11.35 pagi, 24 Januari 2022 melibatkan negeri Sabah berkuat kuasa pada 25 Januari 2022 hingga 26 Januari 2022.

“Negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami cuaca panas dan kering manakala kawasan pantai barat Semenanjung khususnya Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button