Berita Utama

Cuti kelepasan di Wilayah Persekutuan 3 Februari ini palsu

Jangan sebar dan kongsi maklumat tidak pasti

BANGI, 23 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan maklumat yang tular di media sosial berhubung cuti kelepasan untuk negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini.

Dalam satu kenyataan, JPM memaklumkan, maklumat yang tersebar menerusi satu tangkap layar yang tular di media sosial mengenai cuti kelepasan itu adalah palsu.

“Pekara ini merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di WhatsApp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini.

“Sehubungan itu, JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar,” katanya.

Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu, katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button